Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu
Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Empat orang lagi ialah ahli peniagaan Robert Tan, kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Jamaluddin yang dikenal pasti sebagai Raskan.
Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.
Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.
Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.
Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli.
Sementara itu, Liow berkata satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di Semenyih dekat sini, petang tadi.
Beliau berkata pasukan itu akan menyiasat dengan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu.
"Pasukan khas ini akan membuat tinjauan di lokasi kejadian termasuk mengambil rakaman kokpit dalam helikopter untuk siasatan lanjut," katanya ketika
ditemu bual oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani, secara langsung malam ini.
Liow berkata kesemua enam mayat mangsa nahas itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti, yang prosesnya dijangka selesai malam ini

No comments:
Post a Comment